Cerita 1
Aktiviti perkhemahan pengakap
sekolah-sekolah Menengah Agama Terengganu sudah masuk hari kedua. Kem Bari Setia
adalah kem perkhemahan yang sentiasa menjadi pilihan setiap aktiviri
seperti ini. Aku tidak melepaskan peluang untuk ikut serta. Kini,
kawasan kem sudah penuh sesak dengan khemah yang berbagai warna
dan rupa.
Malam itu, semua ahli pengakap diminta bersedia untuk menjalani aktiviti kembara malam. Selepas sembahyang Isyak dan makan malam laut ikan sardin, aku, Farid , Jusoh dan lain-lain sudah bersiap. Kumpulan Enggang adalah kumpulan 'favourite' kerana banyak menang dalam setiap pertandingan yang dijalankan. Dalam kumpulan ini ada sepuluh orang. Jusoh peserta paling muda kerana dia ahli baru, tingkatan Satu. Farid ketua patrol, pelajar tingkatan Lima. Aku dan Farid dalam kelas yang sama. Sebelum kembara bermula, semua peserta diberi taklimat oleh Cikgu Lukman apa yang perlu dibuat semasa kembara dan jalan-jalan yang patut dilalui. Ada yang membawa lampu suluh, kertas catatan, tongkat kayu dan tidak ketinggalan air minuman dalam botol untuk diteguk semasa perjalanan. Semuanya telah bersedia untuk bergerak. Jam sudah sembilan setengah malam. Kumpulan demi kumpulan dilepaskan oleh guru pemimpin. Beberapa orang guru pemimpin yang bertugas mengawasi aktiviti ini sudah berlepas. Kumpulan Enggang, berlepas akhir sekali daripada tujuh kumpulan. Jusoh dari awal-awal lagi kelihatan tidak bersemangat untuk turut serta, tetapi memandangkan semua ahli kumpulan mengambil bahagian, dia kembali bertenaga. Petang tadi dia dapat nombor satu dalam kumpulan kami dalam acara lari berhalangan antara kumpulan. Dia memang kuat berlari, cergas macam lipas kudung. Cuaca sungguh bsik. Di langit bintang-bintang bertaburan. Angin malam menghembus perlahan-lahan menyegarkan badan yang letih dan menstabilkan bahu hapak baju yang percampur peluh. Dalam perjalanan, Farid sentiasa mengawasi ahli-ahli kumpulan yang lain, tidak kecuali Jusoh. Farid ialah ketua patrol yang berkelibar. Dia memang banyak pengalaman dalam pengakap. "Guana gamok? Boleh tahan lagi tak" "Bolehlah... slow-slow " jawab Jusoh ringkas. Aku selalu memerhatikan budak baru ini kalau-kalau dia kepenatan. Jika penat, jika penat, aku akan bantu. "Boleh?:" aku bertanya pendek. "Ah...., mun pergilah dulu, aku ikut belakang tak apa" Rakan-rakan lain sudah jauh di hadapan, aku mempercepatkan langkah mengejar kumpulan yang mendahului bersama-sama rakan-rakan yang lain. Farid aku tinggalkan . Jam hampir satu pagi, semua kumpulan yang berjaya sampai, melaporkan diri kepada ketua perkhemahan. Aku dan rakan-rakan lain tiba tidak lewat sangat daripada kumpulan-kumpulan yang lain. Setiap kumpulan yang tiba melaporkan diri di urusetia. Semasa kumpulan Enggang membuat laporan, Farid tampil ke depan memberi hormat dan melapor, "Berapa orang kumpulan awak?" tanya Cikgu Lukman. "Sepuluh, tuan!" jawab Farid bergaya. Dia selalu berdisiplin. Dalam pengakap mesti ikut stail tentera. Ayahnya pun bekas tentera. "Baik. Bilang ikut nombor" Setiap ahli pengakap Kumpulan Enggang membilang , satu ,dua dan seterusnya. Aku nambor lima. Yang terakhir nombor sembilan "Mana seorang lagi" tanya Cikgu Lukman" Farid membilang semula. Memang sah, sembilan orang. Dalam masa yang sama aku baru teringatkan Jusoh budak kecil itu yang bersama aku dan Farid tadi. "Eh, mana Jusoh, bukankah dia berjalan bersama saya tadi?" tanya Farid kepada rakan-rakan yang lain. Semuanya memberi jawapan tidak tahu ke mana Jusoh pergi. Farid yakin Jusoh memang sudah sampai. Jusoh tidak hilang, tapi di mana dia. Aku mulai bimbang. Aku turut bertanya kepada pengakap yang lain, adakah mereka nampak Jusoh budak tingkatan satu yang baru masuk pengakap itu. Jawapan yang sama juga diberikan, tidak tahu. Cikgu Lukman mengarahkan semua ahli pengakap pergi mencarinya hingga berjumpa. Semua pengakap jadi cemas. Aku turut berbincang dengan guru pemimpin yang lain bagaimana nak buat, bagaimana dia boleh tiada dan hilang dari kumpulan. Kadang-kadang aku terasa bersalah kerana meninggalkan kumpulan. Jam sudah hampir dua pagi. Belum ada sebarang berita di terima . Beberapa orang pengakap kelihatan keluar masuk dari kawasan kem bersama-sama guru pemimpin. Ada yang mundar mandir di sekitar khemah dan ada yang mengendap-hendap di celah pokok kecil di sekitar kem .Tiba-tiba dengan termengah-mengah datang Khairul, ahli pengakap dari Kumpulan Pelandok. "Dia ada cikgu,,,," "Di... di...di mana.....?" Bingkas cikgu Lukman dari tempat duduknya, ingin tahu . Masing-masing pengakap di sekitar urusetia itu datang menyerbu . "Dia ada di sini, cikgu..." "Yaalah .... di mana?" "Atas pokok. Dia tidur...... tu ...dekat khemah saya " Apa....?" Aku jadi keliru. Ciptaan: Amy, SMA Alfalah, Kemaman.
|
Keahlian | Kegiatan sepanjang Tahun |
Gambar kegiatan |
Diari |