Make your own free website on Tripod.com

Dari Meja Pemimpin

 

Salam Pengakap,

Sejak perkhemahan pengakapyang pertama diadakan pada tahun 1907 oleh pengasas pengakap,Lord  Baden Powell, yang membawa kepada penubuhannya di Malaysia, pengakap telah bergerak  mantap  mengikut kronologi sejarah. Dunia pengakap terus berkembang dan berbakti kepada negara dan bangsa dengan kelahiran begitu ramai ahli sejak di bangku sekolah. Dan nilai sejagat yang dibawa oleh pergerakan pengakap terus mendokong cita-cita yang tersirat untuk setiap individu yang menganggotainya  untuk menjadi insan yang lebih berketrampilan, bertanggungjawab, berwibawa, sanggup berusaha dan berjasa kepada negara yang dicintai.

Bagi yang pernah menganggotai pengakap,segala nilai dan aktiviti yang diceburi telah banyak mewarnai kehidupan. Maka, mereka menjadi  lebih yakin, terbuka, matang dalam menghadapi situasi kehidupan yang berbagai-bagai  ragam.

Persoalan yang ingin ditimbulkan  ialah apakah yang dapat dibawa oleh pengakap dalam situasi pendidikan aliran agama. Apakah agama tidak menggalakkan kegiatan pengakap yang dibawa oleh Baden Powell ini. 

Pendidikan global dalam pengakap sebenarnya lebih praktikal dan objektif. Tanpa mengira bangsa dan kepercayaan, budaya dan amalan, pengakap mendidik ahli supaya sentiasa berbaik-baik sesama manusia dan bantu membantu  antara satu sama lain. Kepercayaan agama adalah hak individu dan kita harus menghormatinya. Nilai-nilai yang didapati bercanggah dengan budaya dan agama  ditinggalkan. Pada masa yang sama, amalan-amalan baik dan murni  dalam pengakap yang selari dengan ajaran  Islam  akan tetap didokong  sebagai tunggak yang paling mulia dan wajib dipertahankan.

Oleh yang demikian, pemahaman yang sempit terhadap Islam oleh sesetengah pihak boleh  melemahkan kegiatan kepengakapan. Ada sesetengah pihak nampaknya memandang enteng akan kegiatan ini. Mereka meletakkan seolah-olah  kegiatan   seperti kuliah agama, takzirah, qiamullai, dan lain-lain  program keagaaman dan pertubuhan agama sahaja yang dapat memberi kesan kepada pendidikan moral dan tingkah laku umat. Walhal amalan tolong menolong, berusaha gigih dan sabar sepanjang masa, bersikap penyayang  dan taat setia  seperti  yang terdapat dalam Persetiaan  Pengakap dan Undang-undang Pengakap sebenarnya adalah fardhu kifayah yang selari dengan tuntutan  Islam.

Justeru, walau apapun tanggapan negatif dari mereka yang tidak faham tentang ilmu pengakap,  kegiatan kepengakapan (scouting) akan terus bergerak tanpa melaung-laungkan slogan  atau ungkapan-ungkapan  retorik .Dalam konteks pengakap di sekolah ini,  sebagai pemimpin,  kegiatan pengakap akan terus berjalan mengikut kurikulum yang tersedia  dan tidak akan bersalut dengan fahaman keagamaan yang sempit.

"SEKALI BERPENGAKAP,TERUS BERPENGAKAP".

 

                 

aLI mOHD yATIM, (bAC. pEND. upm)
E-mail: alimy2000@hotmail.com
4 Mac,2001

Organisasi

Keahlian Kegiatan sepanjang Tahun

Gambar kegiatan

Karya